abl.jpg (930 bytes)

Majlis Akad Nikah

 

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN
ORANG PERAK.
Bagi perkahwinan orang melayu di negeri Perak, terdapat banyak perbezaan jika dibandingkan dengan adat istiadat perkahwinan orang melayu Melaka dan Kelantan.

Dari segi adat pinang meminang rombongan si teruna akan datang dengan membawa beberapa tepak sirih dan sebagainya.

Antara perkakas yang dikehendaki mengikut adat istiadat adalah mengikut susunan seperti, tepak sirih haruslah dibaluti luarnya dengan kain songket atau kain baldu yang bertekat. Di dalamnya terdapat :

a) Sirih sebanyak 20-40 helai

b) Pinang yang telah dikacip dua

c) Kapur secembur

d) Tembakau secembur

e) Bunga cengkih secembur

f) Gambir secembur

 

Manakala di celah-celah cembur ini pula diisikan dengan bunga rampai dan di bahagian bawah tepak sirih diisi dengan beras pulut. Juga dibawa bersama:

a) sebentuk cincin emas dengan wang sebanyak RM10 sebagai hadiah

b) beberapa biji pinggan yang diisi dengan buah-buahan dan dihiasi bunga

c) satu atau dua talam berisi kuih

d) sebekas pakaian persalinan seperti baju, kasut dan tas tangan

e) kelapa muda yang diukir luarnya dan dihiasi dengan jambangan bunga yang diperbuat daripada daun kelapa

f) sirih junjung

g) dua kampit beras berukuran 1x4 kaki kampit beras pulut

 

Apabila tiba sahaja rombongan pihak lelaki maka mereka akan naik ke atas, seorang wakil dari pihak lelaki akan menghulurkan tepak sirih dibawa ke tengah. Barang-barang lain dibawa disambut oleh pihak perempuan.

Manakala pihak perempuan akan membalas dengan memberi:

a) tepak sirih

b) seri kaya satu mangkuk

c) sepinggan pulut tebal dipotong 4 segi

d) dodol 1 mangkuk

e) nasi manis 1 mangkuk

f) beberapa biji pinggan yang berisi kuih

Setelah selesai, perbincangan kedua-dua belah pihak mengenai perbelanjaan perkahwinan bermula. Perbelanjaan perkahwinan tubuh adalah antara RM60-100. Manakala belanja hangus pula ialah wang untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan dan akan digunakan untuk membiayai kenduri pada hari perkahwinan. Dalam adat titik inai atau berinai terdapat inai. Dalam istiadat ini alat yang perlu ialah 4 batang lilin dan 4 butir piring. Tiap-tiap lilin dipasang dan dilekatkan pada tiap-tiap butir piring. Tarian lilin ini ditarikan terutamanya oleh anak-anak muda. Semasa adat persandingan selalunya pengantin lelaki akan tiba di rumah pengantin perempuan selepas waktu zohor. Rombongan akan diiringi oleh sepasukan kompang. Setelah hampir dengan rumah, pengantin lelaki akan dijulang di atas bahu oleh kawan-kakwannya. Sampai sahaja di perkarangan rumah didapati satu kumpulan pihak perempuan telah siap menunggu dengan satu pasukan kompang. Kedua-dua pengantin akan diarak hingga ke pelamin untuk disandingkan.

Setelah pengantin duduk di pelamin beberapa ketika istiadat menepung tawar pula diadakan. Setiap orang akan naik ke pelamin serta membongkok dan bersalam dengan kedua mempelai juga meletakkan sedikit wang dalam dulang yang disediakan sebagai hadiah kepada pengantin. Adat istiadat perkahwinan ini diakhiri dengan jamuan makan.


 

 

abd.jpg (940 bytes)